:: Dead-End ::
xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx


Friday, December 23, 2005

Dan bunga pun berguguran...

Aku mahu memetik sepotong ayat dari blog kak Max. Blog yang menjadi sumber inspirasi aku sekian lama.


"Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time."


-----


Akhirnya surat itu sudah aku hantar petang tadi. Surat perletakkan jawatan dari tempat itu. Tempat yang mengenalkan aku pada banyak suka duka. Tempat yang memberitahu aku, berkawan dengan orang Cina kadang-kala jauh lebih baik dari berkawan dengan orang Melayu.

Oh, kau tahu, dengan petikan jari aku boleh memberitahu kau sepuluh orang Cina yang lebih baik daripada kau. Yang tidak mengutuk mengata di belakang.

[aku bukan lupa, aku hanya tidak mahu mengingati.]


-----


Dah berhari-hari surat itu tersimpan elok dalam beg aku. Kerana hati aku masih berbelah bagi. Dan baru hari ini ada kekuatan untuk menghantarnya.

Kau tahu betapa sedehnya ati aku time aku bagitau kat sume orang aku nak berenti, cik Diari?

Rasa bagai disiat-siat bila menjawab pertanyaan Ah Aik, Fuad, Vincent, Karen, Dine sume tu. Nanti bila aku dapat keja lain tak mungkin dapat sebest, serapat dan sebaik diorang ni.

Sedeh. Betul aku sedeh.

Tambah sedeh bila membaca blog kak Max yang baru diupdet setelah penat aku menanti bertahun-tahun.

Hummm... kau tahu berapa lama aku menunggu blog itu untuk diupdet, cik Diari?
...

+++ Strawberryz @ 8:22 PM

|
Design by Savatoons