:: Dead-End ::
xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx


Friday, December 30, 2005

Paneh ati~

Paneh ati btul la ngan rambut aku. Serabut yang takleh diselamatkan lagik. Oleh kerana azam 2006 dah tercapai, aku nak wat azam baru lak iaitu memotong rambut jadik pendek. Biar rambut yang serabut tu ilang. Biar paneh ati aku ni pun ilang gak gak.

Ko pikir la, aku keje kul 9. Kul 8.40 baru bangun, mandi, siap-siap nak gi keje, nak pakai bedak sume tu. Nak melayan rambut aku ni lagik dah bape lama. Adei... tu yang skang aku dah takleh lepas rambut cenggitu jek. Terpakse sanggul or pakai cekak musang nuu. Kalo tak musti ader yang komplen kat opis kang.

Uh, anyway, iguana aku kat umah dah salin kulit. Tapi cam tanak geng ngan aku lagik. Masa bebaru dulu dia makan gak tomato ngan sawi yang aku bagik tu. Skang cam tak disentuh lansung. Humm tapi mana tau kot dia diet. Tapi kang kalo mati cemana? Sedeh aa plak. Aku tetiap ari kat opis tak senang duduk teringat baby kat umah tu. Mane tau kot Hney tak jage bebetul. Hish.

Huk? Bercakap pasal iguana ni, teringat lak kat menatang tu yang aku tinggal kat kete pasal nak gi lab nih. Musti dah kejung pasal tadik cam lupe bukak tingkap. Tadik baru amik dari umah Hney pasal dia nolong jage kalo aku gi keje. Ni aku dah balik tapi nak singgah online kat lab jap. Okeh, blah dulu. Lain kali nyambung citer.

Oh ye, nama dia Ciki. Aku nak letak nama Cika tapi aku tatau dia jantan ke betina. Kalo dia jantan kang musti dia kecik ati kalo dia tau aku bagik nama Cika. So setelah menimbang dari pelbagai aspek, aku bagik dia nama Ciki. Pasal aku suke sesangat ngan nama tu.

Bye.

+++ Strawberryz @ 9:07 PM |



Friday, December 23, 2005

Dan bunga pun berguguran...

Aku mahu memetik sepotong ayat dari blog kak Max. Blog yang menjadi sumber inspirasi aku sekian lama.


"Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time."


-----


Akhirnya surat itu sudah aku hantar petang tadi. Surat perletakkan jawatan dari tempat itu. Tempat yang mengenalkan aku pada banyak suka duka. Tempat yang memberitahu aku, berkawan dengan orang Cina kadang-kala jauh lebih baik dari berkawan dengan orang Melayu.

Oh, kau tahu, dengan petikan jari aku boleh memberitahu kau sepuluh orang Cina yang lebih baik daripada kau. Yang tidak mengutuk mengata di belakang.

[aku bukan lupa, aku hanya tidak mahu mengingati.]


-----


Dah berhari-hari surat itu tersimpan elok dalam beg aku. Kerana hati aku masih berbelah bagi. Dan baru hari ini ada kekuatan untuk menghantarnya.

Kau tahu betapa sedehnya ati aku time aku bagitau kat sume orang aku nak berenti, cik Diari?

Rasa bagai disiat-siat bila menjawab pertanyaan Ah Aik, Fuad, Vincent, Karen, Dine sume tu. Nanti bila aku dapat keja lain tak mungkin dapat sebest, serapat dan sebaik diorang ni.

Sedeh. Betul aku sedeh.

Tambah sedeh bila membaca blog kak Max yang baru diupdet setelah penat aku menanti bertahun-tahun.

Hummm... kau tahu berapa lama aku menunggu blog itu untuk diupdet, cik Diari?
...

+++ Strawberryz @ 8:22 PM |



Wednesday, December 21, 2005

Cuti ngan sakan~

Last week mak, abah, Boy and Faiz singgah tido umah aku before hamik angah kat UTP. Malam Ahad tu diorang sampai and pepagi bute Ahad tu bertolak gi Perak amik angah. Sampai Perak dlm kul 11 pagi, angkut angah ngan bebarang dia yg bertimbun tu pastu bertolak gi PD lak. Aku ngan Hney jumpa diorang kat sana sebab nak book hotel dulu pasal takut full. Memula ingat nak stay kat Tiara tapi tak jadik pasal jauh ngan laut. Last-last stay kat Corus Beach Resort nuu. Best. Lebih best dari Bayu and Marina Resort.

Before pegi tu aku ingat nak singgah MP beli kasut dulu pasal sandal aku ni dah nazak. Tapi sebab dah lambat, tak gi lunch lagik, so kensel la beli kasut. Tapi sebab lapo, singgah gak la dulu kat Marybrown tapau nasik ngan beli roti kat Patisfrance pastu makan dlm kete. Gi sana lalu jalan dalam. Lalu Pengkalan Balak, lalu Tg Bidara, jalan tepi laut. Lama tak jenjalan cenggini.

Ni kali keempat Hney ikut kitorang gi vacation. First time dulu, Hney ikut kitorang gi PD gak. 4 hari. Ngan family Uncle Zul. Ngan Auntie Intan, Naim, Husna, ngan Ezani.

Second time, dia ikut pegi Langkawi. 3 hari. Ngan kengkawan abah. Kali ketiga ikut pegi Genting Highland. Pastu gi KL gi umah nenek. Kali keempat yang ni la.

Apsal la mak and abah suka sangat kat dia? Adik-beradik aku pon nampaknya lebih rapat ngan dia daripada ngan aku. Sedara-mara aku pon menyenangi dia. Sometimes I feel like everyone likes him better than me.
...

Huk? Ann told me to give him time to grow. Oh Ann... bukankah 3 tahun itu masa yang cukup lama untuk matang?

Semoga ati aku dapat tunggu masa itu tiba. Kalo ditakdirkan dia tak matang-matang, semoga ati aku dapat terima dia seadanya. Kalau memang tiada jodoh, macam mana aku nak mengadap mak ngan abah nanti?...

Uh, mebe aku kot yang patut cermin diri sendirik. Mengharap sesuatu yang melebihi hape yang patut aku dapat. Uh.

+++ Strawberryz @ 8:13 PM |



Tuesday, December 06, 2005

Kusut cam rambut aku~

Kau tahu bagaimana rasanya menjadi rambut yang kusut walaupon dah cuba disikat berkali-kali?

...

Semalam aku MC pasal sakit perut ngan demam yang dasat. Aku pegi Klinik Munshi kat Bukit Beruang tu sebab nak amik ubat sakit perut. Nak kuar klinik tu aku tanya kat budak pompuan bodo yang jaga klinik tu mana gi IC aku. Dia ngan muka tak bersalah bagitau aku yang dia tatau. Dia cakap dah letak kat atas meja tu tadik. Abihtu kalo dia tatau, sape yang tau? Takkan aku kot. Takkan aku saje-saje nak ilangkan IC aku then mintak dia carik. Abihtu senang la camni. Sesape yang bagik ko IC time nak jumpe dokter, then bila tadek, ko cakap ilang. Bile tadek je ilang. Amboihhh... camni aku pon nak jadik staff kat klinik. Bleh dapat IC free. Sabo je la aku.

Pastu aku balik, aku call dia lagik. Dia cakap tadek, dia suh aku pi buat report. Dia ingat dengan buat report tu dapat la IC aku balik gaknya. Bodo btul. Bodo cam hanjing! Nak buat IC kena bayo! Bodo laa!!! Dah aa sengkek tak pasal-pasal aku kena bayo namploh inggit nak buat IC baru. Sial la pompuan tu!! Ngan duit tu aku bleh beli sebijik heel kat Nose, aku bleh makan Pizza Hut, aku bleh beli berbungkus-bungkus coklat! Ye la mebe pada korang namploh inggit tu campak tepi jalan jek. Tak pandang pon. Pada aku sesen pon berharga skang... huhu...

Semalam dah la aku sakit-sakit dia wat camtu. Memang la aku ngamuk kat situ. Aku suh Hney kuar kete, marah budak tu skali. Hanjing btul laa!!! Besok aku nak gi sana balik. Biar aku marah dia depan dokter tu skali.

Tadik aku balik keje, aku drive sorang-sorang, aku rase cam nak menitik air mata. Bukan sebab ilang IC tapi sebab tetiba aku rasa sedeh ngan idup aku.

...

And anyway, sikat tu patah petang tadi.

...

+++ Strawberryz @ 7:53 PM |



Design by Savatoons