:: Dead-End ::
xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx :: xx


Wednesday, January 25, 2006

[blank] again...

Rasa marah itu sudah tiada. Aku sudah tak rasa apa-apa.

Aku sudah tidak mahu mengingati.

Sepertimana yang aku katakan pada NorH dulu, "Akak sudah penat dengan semuanya. Akak sudah tidak mahu mengingati. Tapi itu bukan bermakna melupakan."

And that is the other story that I haven't told anyone before.

Tentang seorang lagi so-called 'friend' yang menyusahkan hidup aku. Umm.. maybe next time. Terlalu banyak benda yang jadik yang menyesakkan fikiran aku. Yang nak aku luahkan tapi sentiasa tak kesampaian.

Oh, seronok membaca blog Sue, or Huda, or Ina yang sentiasa gembira. Yang tiada kisah sedih untuk dicerita.

Malam tadi dengan rasa amarah, aku hantar msg pada perempuan itu. Aku katakan padanya, "Biarlah... mungkin ini titik akhir persahabatan kita." But of course bukanlah dengan ayat selembut ini.

Oh, susahnya menjadi aku. Bila aku call Ann untuk memberitahu perkara itu pun aku ketawa. Bila hati aku rasa ingin menangis pun aku ketawa. Aku mahu bercerita dengan rasa marah. Biar semua orang tahu aku marah.

Oh, susahnya menjadi aku.
...

+++ Strawberryz @ 1:57 PM

|
Design by Savatoons